↢KEBUDAYAAN MELAYU DALAM BAHAN SASTERA DAN BAHAN BUKAN SASTERA↣
PROSA TRADISIONAL MELAYU
PROSA MODEN
PROSA TRADISIONAL MELAYU
🔺Prosa tradisional merupakan satu daripada elemen kebudayaan melayu dalam bentuk bahan sastera dan bahan bukan sastera. Prosa ini merujuk kepada maksud kolektif milik bersama dan kebanyakan hasilnya tidak dinamakan kepada pemiliknya kerana merupakan milik masyarakat sejak zaman ke zaman. Maka, sukar untuk mengetahui identiti penulis bagi setiap jenis prosa tradisional yang ada dalam masyarakat. Perkara yang jelas lagi adalah kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai bentuk dan ciri yang berbeza daripada kesusasteraan moden. Bentuk dan ciri ini merangkumi makna struktur, plot, gaya, dan teknik serta konvensi lain sastera yang dicirikan oleh bahasa, persembahan, fungsi, dan faktor-faktor luaran lain (Zalila Sharif & Jamilah Haji Ahmad, 1993). Prosa tradisional ini terbahagi kepada dua iaitu, naratif dan bukan naratif. Naratif bermaksud cerita yang disampaikan kepada masyarakat secara lisan.
🔺Naratif ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu naratif lisan dan tulisan. Naratif lisan merupakan karya-karya naratif dalam kesusasteraan Melayu tradisional menjadi milik masyarakat kerana bentuk penyampaiannya melalui lisan dari mulut ke mulut. Naratif lisan terbahagi kepada tiga iaitu mitos, lagenda, dan cerita rakyat. Namun cerita rakyat pula dikategorikan kepada beberapa jenis seperti cerita binatang, cerita dongeng, cerita jenaka, dan pelbagai cerita lisan.
🔺Seterusnya, naratif tulisan merupakan cerita atau pengalaman yang dihasilkan dalam bentuk tulisan. Naratif ini terhasil setelah manusia itu sendiri atau masyarakat mampu membaca atau menulis. Ketamadunan penulisan naratif ini berkembang selari dengan kemajuan percetakan untuk menghasilkan buku daripada penulisan yang dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa.
🔺Perbincangan naratif tulisan terbahagi kepada lima iaitu sastera sejarah, sastera hikayat, sastera panji, sastera kepahlawanan atau epik, dan sastera agama. Setiap sastera memainkan peranan yang berbeza-beza seperti:
⧪Sastera sejarah menceritakan latar belakang tradisi sebagai hasil kesusasteraan dan menjadikan peristiwa-peristiwa sejarah sebagai sumber cerita dalam penghasilannya. Peristiwa-peristiwa ini diambil kira berkaitan dengan sejarah negeri, sejarah kerajaan, sejarah raja-raja Melayu, asal-usul kedatangan Islam dan sebagainya. Misalnya Hikayat Merong Mahawangsa.
⧪Selain itu, sastera hikayat merupakan sastera yang ditulis menggunakan corak bahasa lama dan langgam bahasa tertentu. Hikayat ini mengisahkan kehidupan yang berlaku dalam pemerintahan sesebuah kerajaan. Sebagai contoh, Hikayat Raja Islam(versi Islam) dan Hikayat Ramayana(Hindu).
⧪Seterusnya, sastera panji berperanan sebagai sastera yang menceritakan perihal kehidupan manusia yang dilimpahi dengan rasa kasih sayang. Contohnya, Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma (HMTJK).
⧪Tambahan pula, sastera kepahlawanan pula mengisahkan perihal watak-watak yang memiliki kehandalan dan kehebatan diri seperti cerita Hikayat Muhammad Ali Hanafiyah.
⧪Manakala sastera agama dilihat dari aspek perkembangan sastera Islam. Tamsilnya Hikayat Nur Muhammad.

🔺Prosa tradisional bukan naratif pula merujuk kepada hasil kesusasteraan yang tidak mempunyai plot yang khusus. Prosa ini berbentuk fakta atau peraturan untuk memberikan panduan khusus kepada masyarakat. Prosa tradisional bukan naratif terbahagi kepada tiga iaitu sastera undang-undang, sastera kitab, dan sastera ketatanegaraan. Sastera undang-undang mengandungi perihal perbincangan adat istiadat di istana dan undang-undang yang berkaitan dengan pelaksanaan hukum fiqah dalam Islam. Contohnya Adat temenggung. Selain itu, sastera kitab ialah sastera yang membincangkan perihal pelaksanaan amalan Rukun Islam dan Rukun Iman yang menjadi amalan atau akidah umat Islam. Contohnya Adat pepatih dan rukun Islam. Akhirnya, sastera ketatanegaraan ialah sastera yang membincangkan perihal adab-adab dalam kalangan raja dan istana. Contoh karyanya adalah Tajussalatin (Taj al-Salatin).
PROSA MODEN
🔺Prosa moden dapat dibahagikan kepada 2 iaitu cerpen dan novel. Cerpen atau cerita pendek dapat didefinisikan sebagai kisah rekaan yang ringkas, panjang ceritanya antara 500 hingga 15000 patah perkataan. Namun cerpen dan novel amat berbeza dari segi cara penyampaian teksnya dan dari segi cerita yang berpusatkan pada sesuatu watak yang menggambarkan satu siri aksi atau peristiwa yang terbatas. Cerpen mempunyai kesatuan yang dicapai, terutamanya melalui plot di samping banyak mempunyai unsur lain seperti tema, latar, watak, gaya, dan sebagainya. Untuk menambahkan lagi kefahaman mengenai cerpen, anda boleh menonton video di bawah. Selamat menonton :D......
🔺Selain itu, novel pula bermaksud kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Secara khususnya pula, novel merupakan suatu bentuk cereka yang mengisahkan peristiwa yang benar-benar berlaku atau yang imaginatif dengan penyertaan watak yang kesemuanya digarap menurut pola tertentu. Selain itu, peristiwa-peristiwa dan latar yang terkandung dalam novel tidak terhad dengan mengambil jangka waktu yang panjang. Tambahan pula, pertalian cerita dalam novel lebih kompleks berbanding cerpen.
RUJUKAN
Zalila Sharif, Jamilah Haji Ahmad (peny). (1993). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marilah kita bersama-sama memantapkan lagi kefahaman berdasarkan prosa tradisional dan prosa moden dengan menjawab soalan-soalan dalam aplikasi kahoot pada link di bawah. :D
Sgt bermanfaat😁😁
ReplyDeleteMoga prosa tradisional melayu tidak ditelan zaman😊
ReplyDelete