Skip to main content

Pengaruh Luar Dalam Masyarakat Melayu


Hai Assalamualaikum... Topik kali ini saya akan menceritakan tentang Pengaruh Luar Dalam Masyarakat Melayu... Semoga bermanfaat! πŸ˜˜πŸ€—πŸ’•







Pengenalan

Melayu di Malaysia banyak menerima pengaruh
iaitu pengaruh dari segi corak berpakaian,
pemakanan,cara bercakap,politik dan agama.
Semua pengaruh itu sedikit sebanyak telah
mempengaruhi kebudayaan masyarakat
Melayu sekali gus menjejaskan nilai-nilai
sejagat masyarakat Melayu.Setiap masyarakat
peribumi dari zaman batu sehingga kini,
memiliki nilai dan peradaban yang tersendiri
mengikut keunikan masing-masing .Setiap
masyarakat percaya bahawa setiap cara dan
kaedah yang dilakukan mempunyai ritual dan
kepercayaan yang bergantung kepada anutan
dan kepercayaan masing-masing.Masyarakat
pada zaman sekarang sudah berubah untuk
memajukan diri mereka dan meninggalkan
amalan-amalan yang menyebabkan mereka
ketinggalan zaman.Namun begitu,masih juga
terdapat pengaruh-pengaruh luar yang masih
menguasai kehidupan masyarakat Melayu
sehingga kini.


Pengaruh Luar Dalam Masyarakat Melayu


2.1 Pengaruh Hindu

Pada umumnya, negara Malaysia menerima beberapa pendedahan daripada jenis-jenis kebudayaan yang datang dari suatu tempat asing. Antara kebudayaan yang dianggap berpengaruh dalam alam Melayu serta menarik minat ramai pengkaji ialah pengaruh Hinduisme dan Islam. Mengikut sejarah, penduduk Jawa Barat, iaitu di kawasan petempatan orang asli kebanyakannya menyembah berhala dan beragama Hindu. Setelah itu, terdapat beberapa kalangan penganut agama Hindu yang datang ke alam Melayu untuk menyebarkan ajarannya sebelum abad ke-13 Masihi lagi. Hindu didapati telah dianut oleh masyarakat India dari beberapa kawasan di Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Hindu merupakan agama yang tertua di dunia yang dikenali sebagai Sanatama Dharma, iaitu mempertahankan aturan kehidupan (Siti Aishah Murad, 1996). Maka tidak hairanlah jika pengaruh Hindu masih banyak diamalkan dalam masyarakat Melayu yang merangkumi aspek politik, sosioekonomi terutamanya upacara kebudayaan masyarakat Melayu.

Pengaruh agama Hindu dalam Kebudayaan Melayu dapat dilihat dari aspek upacara perkahwinan. Ketika upacara ini berlangsung, pengantin akan dianggap raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak upacara tersebut. Upacara bersanding merupakan upacara wajib dalam adat perkahwinan agama Hindu. Upacara perkahwinan ini masih di terapkan dalam Kebudayaan Melayu seperti penggunaan sirih pinang dan beras kunyit. Pengaruh Hindu berpendapat bahawa beras kunyit dapat memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan padi. Hal ini menunjukkan bahawa Hindu amat mementingkan kepercayaan agama dalam membina kehidupan sejahtera. Selain itu, upacara persandingan seolah-olah menjadi suatu kewajipan sedangkan persandingan itu merupakan adat hindu yang mengagungkan dewa Rama dan Dewa Sita. Hal ini kerana mereka mempercayai upacara sebegini akan menyebabkan pengantin baru digelar sebagai raja sehari. Namun, penggunaan beras kunyit dalam adat perkahwinan Melayu semakin pudar kerana orang Melayu zaman sekarang mempunyai pemikiran yang lebih terbuka. Penggunaan beras kunyit ini hanya akan menyebabkan pembaziran berlaku. Secara teorinya, pengaruh Hindu berjaya mempengaruhi Kebudayaan Melayu di Malaysia dalam adat perkahwinan.

Tambahan pula, adat berinai dalam masyarakat Melayu seakan menjadi kewajipan kerana terpengaruh dengan agama Hindu. Istiadat berinai ini boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu berinai curi, berinai kecil, dan berinai besar. Peringkat-peringkat inai ini dilaksanakan pada masa yang berbeza. Misalnya, pengantin perempuan akan memakai inai di semua jari tangan, kaki dan tapak tangan. Manakala pengantin lelaki pula memakai inai di jari kelinking, jari manis pada satu belah tangan sahaja. Corak lukisan inai tersebut adalah dari pengaruh tamadun Hindu di India. Adat berinai dalam upacara perkahwinan telah mempengaruhi kebudayaan Melayu kerana coraknya yang cantik serta berseni membuatkan masyarakat Melayu terpesona dan ingin memakainya di hari perkahwinan agar kelihatan menarik. Oleh itu, adat perkahwinan dalam Kebudayaan Melayu bertambah dengan datangnya pengaruh Hindu iaitu adat berinai walaupun adat ini bukannya suatu perkara yang wajib dilaksanakan ketika upacara perkahwinan.

Marilah sama-sama tonton video ini untuk menambahkan lagi pemahaman kita tentang pengaruh hindu ini... πŸ™ˆπŸ’•






2.2 Pengaruh Islam
         Pengaruh Islam mula berkembang selepas kedatangan mubaligh Islam ke Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.Pengaruh Islam mula tersebar selepas sahaja pengaruh Hindu mula meresap ke dalam kebudayaan Melayu. Pengaruh islam terhadap orang Melayu sangat kuat.Hal ini dapat dibuktikan apabila pengaruh hindu terhakis sedikit demi sedikit dan digantikan dengan pengamalan agama Islam.Orang Melayu juga mengamalkan budaya Arab dalam kebudayaan Melayu.Hal ini kerana,budaya Arab merupakan sebahagian daripada agama Islam.Pengaruh Islam yang mula meresap masuk ke dalam diri masyarakat Melayu dahulu banyak dipraktikkan sehingga kini.Buktinya,terdapat banyak negeri di Tanah Melayu mempunyai nama-nama Arab seperti Darul Takzim,Darul Makmur,Darul Naim dan lain-lain.Perkara ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam sudah lama meresap ke dalam kebudayaan Melayu termasuk juga dalam sistem Bahasa Melayu.Banyak perkataan-perkataan Arab yang terkandung dalam bahasa Melayu seperti ibadat,fardhu,solat,azan dan sebagainya.





         Pengaruh Islam juga telah membawa bentuk tulisan Arab kepada masyarakat Melayu sehingga tulisan Arab diadaptasikan kepada tulisan Melayu yang dikenali sebagai tulisan jawi.Tulisan jawi  menggunakan semua abjad Arab serta menggunakan abjad-abjad tambahan yang telah diciptakan sendiri oleh orang Melayu.Ahli-ahli biasa telah mengubah suai huruf Arab dengan menambahkan beberapa titik pada huruf yang sedia ada yang sememangnya tiada dalam tulisan Arab.Oleh sebab itu,terdapat banyak kitab-kitab Islam yang tersebar luas di tanah Melayu kerana kebanyakan masyarakat memahami tulisan jawi yang diciptakan sendiri oleh masyarakat Melayu.

Tonton la video ni untuk tambahkan lagi kefahaman anda tentang pengaruh IslamπŸ˜πŸ’•





2.3 Pengaruh Barat 
         Pengaruh barat muncul selepas Tanah Melayu dijajah.Kebudayaan barat dibawa oleh penjajah Tanah Melayu seperti British dan Belanda.Oleh itu,nilai-nilai barat mula menular dalam diri masyarakat Melayu.Terdapat banyak budaya barat yang bertentangan dengan syariat Islam yang masih diamalkan sehingga kini.Contohnya,pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram,hiburan yang melampaui batasan agama sehingga berlakunya aktiviti yang memabukkan yang boleh merugikan diri sendiri akibat daripada pembaziran dalam kehidupan seharian.Perkara-perkara yang negatif ini sudah tentu menimbulkan imej yang akan menjatuhkan maruah agama dan bangsa sekiranya masih diamalkan oleh masyarakat. 
        Pengaruh barat juga dapat dilihat ketika majlis-majlis seperti sambutan hari lahir.Buktinya,lilin akan dibakar mengikut bilangan umur di atas sebiji kek.Seterusnya,lilin itu akan ditiup oleh individu yang diraikan.Bagi masyarakat Melayu,sambutan hari lahir perlulah diraikan dengan majlis-majlis doa selamat seperti kenduri kesyukuran untuk lebih mendapat keberkatan dan tanda bersyukur kepada Allah.Masyarakat Melayu tidak seharusnya mendedahkan anak-anak mereka dengan budaya berparti dan berpesta ini kerana budaya ini akan merosakkan jati diri orang Melayu jika kita sebagai masyarakat Melayu tidak dapat mengawalnya.


Rumusan

Kesimpulannya,terdapat pelbagai pengaruh yang wujud dalam kebudayaan masyarakat Melayu dan pengaruh itu datangnya mengikut peredaran zaman dan faktor-faktor semasa yang berlaku di sesuatu persekitaran.Setiap pengaruh yang datang sama ada dalam bidang agama,politik,ekonomi dan sosial telah mewujudkan pelbagai bentuk budaya Melayu. Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan menyebabkan lahirnya pelbagai budaya kesukuan yang ketara dalam kalangan masyarakat di negara Malaysia ini.Jelas bahawa kebudayaan kebangsaan merupakan isu yang penting dalam mewujudkan negara Malaysia. Ini jelas menunjukkan kepentingan isu-isu yang ada kaitan dengan budaya ini perlu ditangani sebaik mungkin supaya kewujudan bangsa Malaysia yang hebat dapat diperkukuhkan lagi.

Rujukan



A. Aziz Deraman. (2005). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Halim Nasir. (1997). Warisan Senibina Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anwar Ridhwan. (2005). Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Idris Zakaria. (2012). "Islam dan Falsafahnya Dalam Kebudayaan Melayu". Jurnal Hadhari Special Edition, 91-108.
Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sidek Fadzil. (1999). Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sohana Abdul Hamid. (2016). "Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial Masyarakat". Journal of Social Sciences and Humanities, 214-226.
Syed Muhamad Naquib Al-Attas. (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Norhasniah Wan Husin. (2015). Peradaban dan Perkauman di Malaysia : Hubungan Etnik Melayu-Cina. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Zarina Sarifan. (2000). "Senibina Tradisional Malaysia". Berita Jabatan Muzium dan Antikuiti.



Haaa macam mana tuuu? Agak-agak faham tak topik yang saya sampaikan ni? Jom uji pemahaman anda semua dengan bermain kuiz di Quizziz yang saya sediakan ni!




https://quizizz.com/admin/quiz/5d83ae631fb868001ac45246


Terima kasih kerana membaca blog kami. Harap anda semua lebih memahami topik-topik ini selepas melayari blog kami. πŸ˜šπŸ˜‰πŸ₯°πŸ’–






Comments

Popular posts from this blog

↢KEBUDAYAAN MELAYU DALAM BAHAN SASTERA DAN BAHAN BUKAN SASTERA↣ PROSA TRADISIONAL MELAYU πŸ”ΊProsa tradisional merupakan satu daripada elemen kebudayaan melayu dalam bentuk bahan sastera dan bahan bukan sastera. Prosa ini merujuk kepada maksud kolektif milik bersama dan kebanyakan hasilnya tidak dinamakan kepada pemiliknya kerana merupakan milik masyarakat sejak zaman ke zaman. Maka, sukar untuk mengetahui identiti penulis bagi setiap jenis prosa tradisional yang ada dalam masyarakat. Perkara yang jelas lagi adalah kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai bentuk dan ciri yang berbeza daripada kesusasteraan moden. Bentuk dan ciri ini merangkumi makna struktur, plot, gaya, dan teknik serta konvensi lain sastera yang dicirikan oleh bahasa, persembahan, fungsi, dan faktor-faktor luaran lain (Zalila Sharif & Jamilah Haji Ahmad, 1993). Prosa tradisional ini terbahagi kepada dua iaitu, naratif dan bukan naratif. Naratif bermaksud cerita yang disampaikan kepada masyarakat secara l

BMM 1024- KEBUDAYAAN MELAYU

KONSEP BUDAYA MELAYU Takrif Budaya     Menurut Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (2007), budaya merupakan kemajuan jasmani dan rohani manusia serta kemajuan fikirannya menerusi latihan dan pengalaman serta peradaban. Menurut Sir Edward Tylor (1958), budaya pula merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang serta adat dan struktur sosial. Budaya boleh ditafsirkan sebagai keseluruhan gaya hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir ke arah meningkatkan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan. Dalam buku Kebudayaan Melayu telah mencatatkan bahawa budaya merujuk kepada proses perkembangan kelakuan, akal, semangat, dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Secara harfiah, budaya Melayu sering dikaitkan dengan istilah budi dan daya. “Budi” merujuk kepada aspek dalaman orang Melayu yang meliputi akal dan nilai, manakala “daya” sebagai aspek lahiriah orang Melayu yang meliput